Friday, August 2, 2013

macam mana nak buat blog???

Assalamualaikum and hye semua :)

Harini saya 'agak' rajin untuk memberi tips kepada readers yang teringin memiliki blog yang cantik dan kemas. It means visitors suka je datang blog kita, and saya rasa post saya kalini mungkin membantu para bloggers baru yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Cewahhh ayat kau, 'berjinak-jinak'. Hahaha
 Okay, saya tahu mungkin ada haters yang baca post ni cakap " eleyhh macam lah blog kau ni cantik sangat nak bagi tips kat orang kan ". Helllloooooo, ada aku kesah? Haha takde lah, saya mengaku, blog saya ni takde lah cantik mana pun, and takde lah power macam certain - certain blog tu kan, tapi syukur juga lah, buat masa ni masih ada juga yang tanya saya " bila nak update blog? " "suka lah baca blog awak, nanti post lah selalu " " sweetlah cerita awak " " comel lah blog awak, tenang je, kemas je " "macam mana ek awak buat blog cool macam tu? " " sedaplah lagu-lagu kat blog awak " . Okay, ini semua bukan saya yang cakap atau reka-reka cerita tau ! Iye, bukan ! Hehe alhamdulillah, ada juga orang yang sudi puji blog yang tak seberapa ni kan, syukur :) Bukan apa, blog ni bagi saya, sebagai satu wadah untuk saya kongsi semua, and for me, this is my online diary lah. Pehhhh "wadah'' kau!! haha dulu masa belajar tak nak pulak guna wadah wadah bagai ni, hihihi
Okay lets talk bout this entry ea, eyhh jap jap !!! Ada juga tau yang jadi anonymous saya ni, huhu kalau ada yang perasan lah kan, ade banyak juga lah, i mean dalam 2 or 3 komen post2 lepas yang asyik duk nak menghentam gua je. Pehhh ayat gangster !! haha Kiranya macam haters lah, huhu tak kesah pun lah, kau nak hate aku ke, nak hentam aku ke, janji aku tak kacau hidup kau and aku takkan layan orang macam kau. Orang cakap, " manusia yang tak suka dekat kita tu biasanya sebab dia jeles dengan kita " kan ? and lagi satu, " makin ramai orang suka kat kita, makin ramai jugalah yang benci dekat kita ". Haa camtu lah bunyinya nak oii. So, just live our life, ignorance kepada haters tu kenalah tinggi okay, and orang yang suka cari pasal ni, bila kita tak layan, dia akan malu sendiri and dia akan senyap sendiri nanti. So biar je okay, ini kawasan saya, tempat saya, blog saya, haters tok sah sibuk2, kalau tak suka tak payah baca ! :D

Hahhh dah menyimpang pulak ceritanya ni nakkkk :D haha okay2, jom kita tengok tips-tips yang mungkin berguna ni ea, khas untuk semua :)

Dari segi WARNA :
Okay, dari segi warna ni kan, pada saya, warna ni sangat penting dan sangat memainkan peranan yang kuat tau. Sebab? Okay, you all bayangkan kalau you all pergi dekat blog yang warna dia ala-ala shining-shining, kilau-kilau macam M Daud Kilau tu, haha warna-warna terang lah i mean kan, haaaa tak ke juling mata you olllsss ni nak baca. Post dia pulak guna tulisan lucida handwriting ke, or tulisan yang bersambung-sambung tu, haha takpun tulisan kejap kecik kejap besar, haaa tak ke terbeliak mata hitam u ollssss nak baca. maybe bagi blogger tu dia nak cantik and meriah ala-ala princess dan warna-warni di aidilfitri kan, haha tapi tak sesuaii you olllsss !! K, kalau saya lah kan, honestly, saya lebih suka warna-warna yang lembut, macam pink ke, *ehem-ehem*, hehe warna putih ke, warna cream ke, biru lembut ke, hijau ke, kan.. haa kan rasa macam tenang je kan :) Takpun, kalau nak warna yang lebih menarik, macam hitam ke, tu kita kena pandai combinekan warna dia cam purple hitam ke, pink hitam ke, biru hitam ke, hitam putih ke, merah ke. Kan? mesty smartkan? Hee biasanya lelaki lah yang warna-warna macam tu, macam blog abang aizul tu kan :) So ingat, pilihlah warna yang bersesuaian tau !

LAGU :
Okay, lagu pulak kan, pada saya, blog yang takde lagu tu lagi tenang dan menyenangkan, hehe tahu tak kenapa? Sebab okay, sebab kalau lah kita ni dah pergi kat satu blog then at the same time, kita pergi jugak new tab then buka blog lain, then dua" blog tu ada lagu, tak ke rasa serabut macam sabut kelapa tu? haha kan? tak pun, kalau nak sangat ada lagu kan, pilihlah lagu-lagu yang tenang, yang tak mengganggu readers nak baca post kita tu, hehe it depends on your post lah. Takkan lah post pasal kematian saudara or perpisahan, then u taruk lagu enjit-enjit semut sape sakit naik atas tu, haaa memang nak kena gelak jela, takpun nak kena comment dengan haters u ollls yang mulut busyyyukkk tak gosok gigi tu kan ? So lagu pun turut memainkan peranan tau ! Saya lebih suka pilih lagu yang sentimental and slow je, tenang hati mak nak oii, haha

TULISAN :
Alright , tulisan pun sangat penting tau u ollsss, you ollss bayangkan u ollss guna tulisan yang bersambung sambung tu, then kejap kecik kejap besar, haaa mau tergolek-golek mata si readers nak baca blog kita kan, kihkih, kesian, pleaseee people, dont be so cruel okay. haha So pilihlah tulisan yang jelas dibaca dan mudah untuk dibaca, tok sah lah guna tulisan yang pelik-pelik tu kan, haa lagi satu, cara penulisan kita tu, janganlah guna short form sangat, sampai susah nak difaham, takpun u ollss tulis tegaaaaakkkkkk je macam pembaris. takde pun "haha" "hihi" "huhu" "hoho" dan lain-lain perisa dan pewarna yang dibenarkan. haha kalau saya, saya ni memang suka gelak, so thats why korang akan nampak pelbagai gelak tawa riang ria dihari raya dekat entry2 saya tau, hehe tengok tu ketawa lagi.. haha see ada lagi gelak...kahkahkah, hamboiii over nampak ? heeeeee :P

PENYUSUNAN GADGET :
Okay, maybe ada yang tak tahu gadget tu apa kan? Widget tahu? Tak tahu jugak? Okay, sidebar tahu? Emmm? Tak tahu jugak? Hahaha takpe2, jangan malu, jangan segan, dulu-dulu before memiliki blog yang tersayang ni pun saya tak tahu kebende alahnye semua tu. haha so now i nak terangkan dekat u olllss widget a.k.a gadget yang terletak di sidebar tu sebenarnya adalah bende2 alah tambahan yang dekat tepi tu. Jumpe tak? Tak jumpe? Okay, sila alihkan biji mata anda ke sebelah kanan, and stop !!!!! Nampak tak kat tepi tu ada jam lah, ada wishlist lah, ada gambar saya, ada chatbox, haaaa itulah dia gadget2 saya ^^, Hehe so mengikut tuan punya blog yang memiliki perwatakan "simple" ni, saya takde lah letak macam-macam sangat, takde pun letak iklan-iklan yang bergerak2, tulisan gerak-gerak tu ada satu je, hehe so kalau u ollss nak tahu, bende tu pun akan mempengaruhi kekemasan blog kita tau. so ta perlu letak banyak-banyak sangat pun takpe, just be simple je okay :) Lagi satu, kan ada tulisan yang mengelilingi cursor tu kan, bila kita jalankan cursor, dia pun melayanag-layang macam kena tiup angin, haaaa !! saya paling tak suka bende alah tu !!!! serabut okay, serabut !!! baik takde dari ada, nanti kita pening.. tapi it depends on you lah kalau rasa nak letak, letak lah, okay :)

SNOW EFFECT :
Okay, kan orang ramai guna snow effect kan? Ala yang ada bende jatuh2 tu :) Saya lebih suka snow yang kecik-kecik tu, dari yang ada bentuk2 tu, macam daun ke, bola-bola api ke, bear2 ke, love2 ke, haaa tak mau lah ea letak bende tu, nanti sakit mata tau nak tengok. And snow tu pun kalau boleh pilihlah warna yang sesuai okay :)

SUSUN ATUR : 
Okay, susun atur ni maksudnya layout u olls and semua lah yang ada dekat blog u ollsss tu k. Layout tu kalau boleh, tak perlu ada dua sidebar kat kiri dan kanan, and ada yang pilih kiri kanan atas bawah,, huhu seriously, SERABUT. So untuk memudahkan, pilihlah dua layout je tau, i mean satu layout untuk sidebar (yang kat tepi tu) and satu lagi layout untuk post u olllss ni lah k. Kan simple kan ? :) And, kalau boleh, dekat blog korang tu tak perlu lah ada effect banyak sangat, maksudnya sini gerak, sana gerak, sini hilang, sana muncul, haaa pening kang, haha so cara susun widget tu pun, kena lah kemas-kemas tau. Oneimportant thing, " blog melambangkan diri pemilik blog tu, kalau blog dia kemas dan teratur, in shaa Allah orangnya pun mesti kemas je ". Ini fakta tau, ramai dah yang cakap macam tu, and bukti pun dah banyak, hehe

BACKGROUND :
Okay, background pun penting juga tau. Bayangkan background yang coraknya ada animasi dan bermacam-macam gambar, haaa kan macam tak menarik tu kan, biasanya yang kita suka adalah bila corak tu abstrak dan simple je, tak perlu pelbagai bentuk, tak perlu warna yang menyakitkan mata, tak perlu pelbagai gambar dan animasi yang boleh buat orang nak termuntah bila tengok ! Huhu so be creative people :)